Membawang Hari Ini

Hilang kata-kata!

Semakin hari namanya kian popular apatah lagi lagu dendangannya, Terakhir berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juala Lagu 31 (AJL31) tahun depan.

Sufian Suhaimi bagaimanapun enggan terbuai dengan populariti yang dikecapinya, sebaliknya berusaha menyeimbangkan tuntutan tugas sebagai penyanyi dan pelajar.

“Walaupun jadual seni semakin padat, itu bukan alasan untuk saya ambil mudah soal pelajaran.

“Saya beruntung kerana jadual pelajar sarjana tidak sepadat pelajar diploma dan ijazah sarjana muda. Pensyarah dan rakan turut berkompromi kerana faham komitmen kerjaya saya,” katanya.

Menurut Sufian, pengajiannya dalam jurusan Komunikasi Massa hanya berbaki satu semester.

“Sekarang sudah semester tiga dan insya-Allah tinggal satu semester saja lagi. Setakat ini saya tiada masalah dengan kuliah dan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Mengulas perkembangan terkini, Sufian dan pengurusannya rancak membuat persiapan AJL31.

“Terakhir adalah single pertama saya dan tak sangka ia layak dipertandingkan di AJL31. Ketika nama diumumkan saya terkejut dan kehilangan kata-kata. Rasa gembira, teruja dan gemuruh bercampur-baur.

“Sebagai persediaan, saya menyertai kelas vokal dengan harapan dapat menyanyi dengan baik pada malam kemuncak itu nanti,” katanya.

Ditanya mengenai konsep persembahan, Sufian memaklumkan ada kelainan yang bakal dipersembahkan.

“Tentunya akan ada perbezaan antara versi asal dan persembahan di AJL nanti. Apa yang boleh saya kongsi, susunan muzik lagu ini lebih besar walaupun ia genre balada,” katanya.

Lebih menarik, Sufian bakal berkongsi pentas dengan idolanya di acara berprestij itu.

“Tentunya saya teruja dapat berkongsi pentas dengan Dayang Nurfaizah dan Akim & The Majistret. Mereka idola saya,” katanya.

Mengulas mengenai persaingan, Sufian berkata, lagu Ku Rela Dibenci dendangan Aiman Tino dalah pesaing terdekatnya.

“Mungkin kerana kami antara peserta paling baru dan rapat, jadi kami bersaing sesama sendiri. Setiap lagu ada kekuatan tersendiri dan bagi saya ia persaingan sihat,” katanya.

Sufian kini rancak mempromosikan single terbaru berjudul Harus Aku yang sudah mula berkumandang di radio.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");