Sukan Hari Ini

Hoeness kembali terajui Bayern

ULI Hoeness (gambar) kembali menerajui Bayern Munich selepas dua tahun berundur daripada jawatan presiden kelab itu.

Hoeness dipilih menggantikan Karl-Heinz Hopfner.

Pada Mac 2014, Hoeness menghantar surat peletakan jawatannya selepas dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun setengah atas pertuduhan mengelak cukai.

Hoeness, 62, mengakui keputusannya mengelak cukai dengan menggunakan satu akaun bank rahsia di Switzerland sebagai satu ‘kesilapan besar’ sepanjang hidupnya.

Namun Hoeness dibebaskan pada 29 Februari lalu kerana berkelakuan baik.

Dia dianggap wira Bayern kerana membawa kejayaan kepada kelab itu meraih kejuaraan treble semasa dikendalikan Jupp Heynckess pada 2013.

Malah, Hoeness juga berjaya membawa masuk dana sehingga Bayern mampu membina Allianz Arena.

“Saya ingin berterima kasih dan berjanji tidak akan mengecewakan anda semua. Apa pun, saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Karl-Heinz Hopfner.

“Jika kami bersama-sama, ia sudah tentu menyusahkan lawan untuk melawan kami,” katanya.

Tugas pertama Hoeness adalah membangkitkan semula moral pemain Bayern yang berdepan prestasi buruk – tiga kekalahan dalam perlawanan terakhirnya.

Bayern kini menghuni tangga tangga kedua Bundesliga di belakang pendahulu RM Leipzig.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");