Panasnya Hari Ini

Hubungan Tegang Antara UMNO-PAS Semakin Kendur

KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan tegang antara parti itu dan PAS kini semakin kendur termasuklah di peringkat akar umbi.

Najib yang juga Perdana Menteri turut berkata, PAS pada hari ini dilihat semakin terbuka dan komited untuk bekerjasama dalam memperjuangkan perkara yang melibatkan kepentingan ummah di negara ini.

“Begitu juga UMNO. UMNO pun bersikap sedemikian dalam banyak hal bila melibatkan soal ummah, soal masa depan negara.

“Ada bab-bab di mana kita memang mempunyai pendapat yang sama, tetapi kita belumlah macam tahun 1974 dalam bentuk satu kerajaan campuran dan sebagainya,”katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian dalam Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, pada Isnin.

Najib turut menegaskan, parti itu dan PAS akan berjuang menerusi wadah parti masing-masing.

“Kita bergerak dalam kumpulan, kelompok masing-masing, dalam parti masing-masing.

“Ada masa kita berbeza pendapat, ada masa kita tak sama pendirian tetapi ada kala kita juga boleh mempunyai pendirian yang sama,”katanya.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, PAS mempunyai hak untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk UMNO.

Abdul Hadi turut berkata, kerjasama dengan UMNO adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan bukannya atas kepentingan politik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");