Jenayah

Ibu kandung bayi dibuang ditahan

KUALA PILAH: Seorang wanita warga Indonesia ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan bayi lelaki di kampung Ulu Melang, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman berkata, wanita berusia lingkungan 27 tahun itu ditemui di rumah sewanya di kampung berkenaan, dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah.

Menurutnya, wanita yang juga pendatang tanpa izin itu ditahan pada hari sama ketika penemuan bayi berkenaan di sebuah rumah kosong di kampung tersebut.

“Kita masih siasat tujuan bayi itu dibuang. Kes ini dianggap selesai setelah menemui ibu kandung bayi tersebut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 kanun keseksaan.

Sementara itu, bayi tersebut masih ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Terdahulu, seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemui di kampung Ulu Melang, pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, seorang warga emas, Ramlah Sitot, 75, menemui bayi tersebut di atas kerusi panjang di sebuah rumah kosong di kampung tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");