Isu Panas

‘Jangan ganggu urusan Pas’

KUALA SELANGOR – Pas bersedia bekerjasama dengan semua pihak namun jangan sesekali cuba masuk campur dalam urusan rumah tangga parti itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia selaras dengan pendirian yang ditegaskan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menghadapi PRU14.

“Pas sudah cukup kuat untuk berdepan dengan pilihan raya. Seperti dalam Liqa’ Fikri Anjung Utara ini, kita berjaya menghimpunkan seramai boleh jentera untuk berdepan PRU14,” katanya dalam ucapannya di Kompleks Pas Kuala Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, jentera Pas yang berjaya dihimpun melibatkan lima kawasan termasuk Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Dalam majlis sama, beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulamak Pas itu turut menyempurnakan simbolik penyerahan bendera Pas kepada Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan masing-masing sebagai persediaan jentera berdepan PRU.

Pimpinan pusat dan ahli Pas turut mengangkat plakad sebagai tanda sokongan terhadap Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 bagi meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

Usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang di sidang Parlimen itu mendapat sokongan padu semua pimpinan Pas sama ada peringkat pusat mahupun akar umbi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");