Isu Panas

Jangan jadi seperti Ahok – Hadi Awang

KUALA LUMPUR: PAS memberi amaran kepada Ahli Parlimen bukan Islam supaya tidak bersikap seperti Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang menghina Islam di Indonesia, baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata mereka tidak seharusnya mengganggu urusan berkaitan hal ehwal Islam dan umatnya yang diusulkan di Parlimen.
Katanya, segala perkara berkaitan agama Islam adalah bidang kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu yang tidak sepatutnya diganggu oleh kalangan bukan Islam.

“Malangnya, apa yang ditunjukkan Ahli Parlimen bukan Islam ini ialah campur tangan terhadap urusan penganut Islam dan Raja.

“Saya beri peringatan kepada mereka supaya jangan berlagak macam Ahok di Jakarta,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, sebentar tadi.

Terdahulu, Abdul Hadi membentangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 mengikut di bawah peraturan mesyuarat 15 (5).

Abdul Hadi berkata, susulan penentangan bukan Islam itu, PAS akan mengadakan perhimpunan aman di seluruh negara bagi mengumpulkan masyarakat Islam dan bukan Islam bagi menyatakan sokongan mereka terhadap usul pindaan RUU itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216300

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");