Isu Panas

Jangan percaya viral Pas sedia bersama Umno

PASIR PUTEH – Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan isu yang diviralkan yang memberi gambaran seolah-olah Pas bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam PRU14 nanti.

Ketua Penerangan Pas Pasir Puteh, Zainuddin Awang Hamat berkata, Pas sebagai parti yang sudah lama wujud di negara ini memiliki kekuatan tersendiri dalam menentukan dasar perjuangan.

Katanya, apa yang diviralkan hanya sebagai usaha pihak tertentu untuk meracuni pemikiran orang ramai agar mengikut ‘selera’ mereka.

“Pas bukan parti yang tidak beretika, dapatkan sumber sah untuk mengetahui pendirian Pas dan tidak wajar sama sekali menilai dengan melihat apa yang diviralkan di laman sosial.

“Mereka yang menghukum Pas berdasarkan sumber tidak sah itu sememangnya berniat untuk memusuhi Pas, mereka mencipta isu yang dikira boleh membangkitkan kebencian ahli Pas kepada kepimpinan sendiri,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");