Jenayah

JKM kesan waris bayi ditinggal di stesen bas

KEPALA BATAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara mengesan ibu kandung atau waris seorang bayi yang dijumpai di stesen bas, berhadapan sebuah sekolah di Bagan Ajam pada 28 September lalu.

Menurut sumber, selepas diselamatkan, bayi itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.

“Bayi itu kini ditempatkan sementara waktu di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti melalui Perintah Jagaan Sementara di bawah Subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

“Bayi itu akan ditempatkan di situ sehingga dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tetap pada 23 November nanti, sebab itu kita berusaha mengesan waris bayi itu sebelum perintah tetap dikeluarkan mahkamah,” katanya.

Menurutnya, sekiranya bayi itu mempunyai waris kandung, hak penjagaan boleh diserahkan kepada mereka berdasarkan syarat kelayakan ditetapkan.

“Jika tiada waris kandung, bayi itu akan ditempatkan secara tetap di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, sebelum diserahkan kepada keluarga angkat berdasarkan kelulusan diberikan Ketua Pengarah JKM,” katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu atau waris bayi itu, boleh menghubungi Pegawai Pelindung JKM, Muhamad Yusoff Khalid di talian 012-5766764 / 04-5758715,]atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");