Berita Hari Ini

JPJ teruskan program bantuan lesen B2

PORT DICKSON – Program Satu Komuniti Satu (SKSJ) yang membantu pengguna jalan raya berusia 45 tahun ke atas untuk mendapatkan lesen kelas B2 motosikal akan diteruskan pada tahun hadapan.

Program ini telah bermula sejak tahun 2009 ini juga memberi kemudahan sama kepada masyarakat Orang Asli yang berusia 21 tahun ke atas dan individu 40 tahun ke atas bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Malaysia, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, tahun hadapan program ini akan terus diperkasa bagi memastikan golongan sasaran mampu memiliki lesen.

Menurutnya, JPJ akan memberi tumpuan kepada masyarakat di kawasan hulu kampung ataupun di pedalaman agar golongan ini juga menerima manfaat yang disediakan kerajaan melalui JPJ.

“Sejak 2009 sehingga kini JPJ telah melaksanakan sebanyak 249 siri di seluruh Malaysia yang mana 98,406 orang individu dan Orang Asli berjaya mendapat lesen B2,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Program SKSJ Daerah Port Dickson di Auditorium Pejabat Daerah Port Dickson tengahari tadi.

Hadir merasmikan program, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar.

Seramai 224 warga Port Dickson menerima lesen masing-masing 141 lelaki, 84 perempuan termasuk 57 Orang Asli.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");