Jenayah

Jual hasil curi kepada warga asing

NILAI: Pecah masuk rumah serta asrama kolej di kawasan Nilai dan menjual hasil curi berupa barangan gajet kepada peniaga dan warga asing di Kuala Lumpur.

Itu tindakan dilakukan seorang lelaki yang terlibat dalam jenayah pecah rumah di Apartment Star Valley, Desa Palma, Taman Desa Anggerik, Desa Acasia, Kolej Inti dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, hasil risikan dan maklumat awam, lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditahan polis di sekitar Nilai, baru-baru ini.

“Suspek turut mempunyai empat rekod lampau dan merupakan individu dikehendaki polis kerana terlibat dengan tiga kes pecah rumah sebelum ini

“Kita turut merampas dua telefon pintar jenis Samsung, dua pemutar skru boleh laras, seutas rantai, sebuah beg dan wang tunai RM10,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat suspek mengaku terlibat banyak kes pecah rumah di Star Valley dan taman perumahan lain di sekitar Nilai.

“Antara barang yang dicuri semasa melakukan pecah rumah ialah komputer riba, telefon bimbit dan kamera,” katanya.

Zaldino berkata, siasatan awal polis mendapati suspek turut menjual barang-barang curi kepada peniaga dan warga asing di sekitar Kuala Lumpur.

“Kita telah merampas 29 telefon bimbit curi yang telah dijual kepada peniaga di Kompleks Kota Raya dan Pudu.

“Polis juga masih mengesan komputer riba curi yang dijual kepada lelaki warga Bangladesh di Bukit Bintang,” katanya.

Katanya, polis turut menahan pembeli telefon curi tersebut bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");