Jenayah

Jumpa syabu dalam perut

Kuala Lumpur: Bedah siasat ke atas mayat lelaki warga asing yang ditemui di Jalan 2/2 Pandan Cahaya, di sini, semalam, mendapati 33 peket dadah dipercayai syabu didalam perutnya.

Mayat yang tidak diketahui identiti itu ditemui orang awam pada 4.15 petang.

Kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras untuk proses bedah siasat.

Sumber-sumber polis, berkata bedah siasat dijalankan pada 10.30 pagi semalam.

Katanya, syabu dianggarkan seberat 300 gram di dalam perutnya.

Nilai keseluruhan dadah ditemui berjumlah RM20,000 dan mayat dipercayai adalah warga Indonesia.

“Siasatan lanjut diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti identiti mayat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");