Berita Hari Ini

Kaji permintaan naik harga siling gula

Johor Bahru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengkaji permintaan syarikat pengeluar gula tempatan untuk menaikkan harga barangan itu berikutan kenaikan harga semasa gula di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan menimbangkan permintaan itu sejak sebulan lalu walaupun ia mempunyai asas berdasarkan trend semasa kenaikan harga gula di pasaran dunia.

“Apapun kita buat, kita mahu seimbangkan antara mereka yang berusaha sedaya upaya menjadi pengusaha yang boleh menentukan (harga) dan rakyat yang ada permintaannya.

“Kepada pengguna supaya penawaran dikeluarkan mereka (pengeluar gula) berpatutan harganya.

“Perbincangan bermula sebulan lalu, kita hendak mengikut trend harga di pasaran dunia sama ada menaik, turun atau stabil supaya mudah kita buat perkiraan,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan, semalam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");