Berita Hari Ini

Kaji semula peruntukan bajet untuk SPRM

SHAH ALAM – Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) meminta kerajaan mempertimbang semula pemotongan peruntukan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibentangkan dalam Bajet 2017 baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, pemotongan peruntukan tersebut dikhuatiri akan menjejaskan imej dan perancangan operasi pencegahan SPRM secara khususnya.

“SPRM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berjuang memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

“Ketegasan SPRM boleh dianggap sudah mencapai tahap maksima dalam usaha memerangi rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, langkah mempertimbang semula pemotongan perlu dikaji kerajaan bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat.

“Rakyat juga tidak harus tuding menuding sesama sendiri atau menyalahkan pihak tertentu apabila berlakunya jenayah ini.

“Kami yakin kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah berdasarkan pelbagai inisiatif yang diwujudkan bagi mencapai matlamat negara bersih tanpa rasuah,” ujarnya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");