Isu Panas

Kak Ijat Malu Tun M-Kit Siang ‘Cium Mulut’

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengakui malu dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersekongkol dengan pembangkang demi memperjuangkan agenda peribadi.

“Hari saya lihat beliau (Tun M) bercium mulut dengan Lim Kit Siang, hari yang paling gelap dalam hidup saya, malu saya. 22 tahun beliau jadi pemimpin kita, kita sayang dan sanjung. Susah beliau jadi duka kita.

“Beliau kata Lim Kit Siang macam tu, DAP macam tu, tapi hari ini apa yang berlaku, kalau kita baca dalam media dan laporan itu adalah agenda mungkin untuk menaikkan anak beliau,” katanya mengenai bekas presiden Umno itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

Justeru Shahrizat berkata, Wanita Umno tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami sentiasa di tepi presiden. Nak kena tembak kena sula kami akan bersama Najib kerana kita percaya dengan kepimpinan beliau. Yang nak suruh Najib letak jawatan kenapa, awaklah letak jawatan

“Amboi nak suruh presiden letak jawatan, mana boleh kita ada struktur sistem. Ajaran dalam Islam juga segalanya mengenai sistem. Wanita ikhlas sokong Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno, tidak boleh dirunding,” katanya.

Shahrizat juga menyifatkan Najib sebagai Presiden Umno terbaik yang pernah memimpin parti tersebut.

“Saya pernah berkhidmat bersama tiga presiden, saya yakin Datuk Seri Najib adalah yang terbaik. Beliau ada pengalaman, misi dan visi selain mempunyai hati budi.

“Puan-puan mana ada dulu presiden orang sakit, meninggal, anak orang berkhatan pun beliau pergi, saya betul-betul hormat Datuk Seri (Najib),” katanya.

Shahrizat berkata isu 1Malaysia Development Berbad (1MDB) yang menyelubungi Najib ketika ini sebenarnya adalah agenda politik pembangkang dan bekas pemimpin Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan presiden parti itu.

“Ia sebenarnya agenda politik pembangkang dan beberapa individu yang saya nak sebutpun tak boleh nak keluar sekarang ini.

“Mereka nak jatuhkan kerajaan yang dikemudi Datuk Seri Najib. Kalau beliau bukan perdana menteri dan presiden Umno, 1MDB tidak akan jadi satu isu,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");