Jenayah

Kalau sudah tiba ajal

Sik: Wanita maut manakala suami dan tiga anaknya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke gaung dekat Teloi Timur, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu, pada 10.15 malam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 10 malam.

Katanya, ketika itu mangsa, Norliza Ishak, 32, bersama suaminya, Yaacob Mat, 33, dan tiga anak mereka, Danial Harith, 8, Damia Qisha Batrisyia, 5 dan Danish Hadif, 2, dalam perjalanan dari Teloi Timur ke Sik.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila suami mangsa yang memandu cuba mengelak binatang melintas.

Oleh itu, katanya, keadaan itu menyebabkan dia hilang kawalan, terbabas dan memasuki gaung di sebelah kiri jalan.

Katanya, akibat kemalangan itu Norliza yang duduk di tempat duduk hadapan tercampak keluar dan dihempap kereta terbabit menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

“Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik. Suami dan anak mangsa di bawa ke Unit Kecemasan Hospital Sik untuk diberi rawatan.

“Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalab 1987,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");