Membawang Hari Ini

“Kami Sudah Tahu Fazura Ada Kekurangan” – Estranged

PETALING JAYA: Kumpulan Estranged menganggap nyanyian pasangan duetnya Fazura pada malam Semi Final Muzik-Muzik 31 (SFMM31) 4 November lalu merupakan persembahan terbaik daripada penyanyi dan pelakon itu.

Vokalisnya, Rich atau nama sebenarnya Richael Lawrence Gimbang, 34, berkata, nyanyian Fazura tidak mempengaruhi keputusan yang bakal diterima pada malam penentuan (malam ini) sama ada layak atau tidak ke Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).

“Sejak mula berkolaborasi, kami sudah tahu dia (Fazura) ada kekurangan dari segi vokal tapi saya menganggap itu satu cabaran dan ingin membantunya memperbaiki kelemahan tersebut.

“Pada malam SFMM31 itu saya lihat dia sudah memberi persembahan dan nyanyian yang paling baik setakat kemampuannya, itu sudah bagus. Keputusan layak atau tidak untuk ke AJL31 malam ini adalah dinilai menerusi keputusan lagu itu dan bukan nyanyian semata-mata,” ujarnya kepada mStar Online.

Rich ditemui bagi mengulas persembahan nyanyian pelakon Pisau Cukur itu yang mendapat kritikan di laman sosial selepas persembahan di pentas SFMM31 menerusi lagu Hancur Aku.

Penentuan 12 lagu yang layak untuk dipilih ke Anugerah Juara Lagu pada Januari depan bakal diumumkan pada malam Jumaat (malam ini).

Sementara itu Rich berkata, dia sendiri melihat perkembangan Fazura dalam memperbaiki mutu vokalnya selain mempunyai semangat yang kuat untuk berada dalam industri muzik.

Dia juga berharap masyarakat dapat melihat perkara tersebut daripada sudut positif dan memberi peluang kepada penyanyi wajah-wajah baharu untuk mewarnai dunia muzik.

“Saya harap orang ramai terus menyokong dia untuk terus menyanyi dan memeriahkan industri muzik tempatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rich berkata, Estranged kini dalam proses pembikinan album terbaharu berjudul Sepenuhnya Volume 2 yang bakal dikeluarkan awal tahun depan.

Katanya, album tersebut turut memuatkan single terbaharu mereka berjudul Seperti Yang Dinantikan.

“Kami dalam proses pembikinan album baharu dan dijangka siap dan dilancarkan pada awal tahun depan. Sekarang dalam proses penulisan lagi.

“Antara lagu yang berada dalam album tersebut ialah single terbaharu kami iaitu Seperti Yang Dinantikan yang menjadi lagu tema drama Pengantinku Jatuh Dari Langit,” ujarnya.

Selain itu, katanya, dalam album tersebut turut menampilkan kejutan sebuah single istimewa seperti Hancur Aku.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");