Jenayah

Kan dah kena tembak

Sungai Petani: Seorang lelaki cedera di kaki akibat ditembak anggota unit peronda polis (MPV) kerana cuba menyerang mereka dengan parang berhampiran sebuah sekolah di Batu 2, Jalan Kuala Ketil di sini, ketika polis cuba menahannya serta rakan-rakannya, hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, tiga lagi rakannya berusia 30-an turut ditahan dan seorang lagi ditahan tidak lama kemudian di Taman Seri Angsana. Mereka dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat sebuah kereta Proton Waja dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan dekat bank di Taman Ria di sini.

Menurutnya, kumpulan itu yang menyedari kehadiran polis, memecut kereta dan dikejar anggota MPV.

“Mereka melarikan diri ke arah Taman Seruling dan berlegar di sekitar kawasan itu sebelum menghala menuju Jalan Kuala Ketil.

“Kejadian itu berlaku hampir 20 minit namun setiba berhampiran sebuah sekolah, kereta mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik. Empat lelaki itu bergegas keluar dan cuba melarikan diri,” katanya.

Md Zukir bagaimanapun berkata, seorang suspek yang bersenjatakan parang cuba menyerang anggota polis menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan dan mengenai kakinya.

“Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim( HSAH) manakala tiga rakannya dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Muda. Polis menemui peralatan pecah rumah dalam kereta itu.

“Susulan itu, polis menahan seorang lagi suspek pada 12.30 tengah hari di Taman Seri Angsana,” katanya.

Mneurutnya, semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 353, 457 dan 511 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");