Perak Hari Ini

Kapal KD Kelantan TLDM “Terbakar”

LUMUT: Satu kebakaran telah berlaku di jeti operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku di kapal KD Kelantan itu melibatkan bahagian bilik tidur anggota sebelum merebak ke bilik janakuasa dan kawasan berhampiran.

perak-today-6

Bagaimanapun, kebakaran itu hanyalah sebahagian daripada latihan pengurusan bencana ‘Disaster Management Exercise’ (D’MEX) 2016 yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak.

perak-today-2
Pengarah JBPM Perak, Datuk Yahaya Madis

Pengarah JBPM Perak, Datuk Yahaya Madis berkata, ia merupakan latihan tahunan yang dilaksanakan oleh jabatan tersebut dengan kerjasama agensi selain bomba dalam menghadapi apa jua bencana.

Ujarnya, pada kali ini ia melibatkan 405 anggota daripada JBPM, TLDM dan beberapa agensi lain.

“Melalui latihan sebegini, kita dapat bercakap dalam bahasa yang sama dan bergerak mengikut prosedur operasi standard (sop) yang sama supaya sesuatu operasi itu dapat berjalan dengan lancar.

“Inilah senario yang akan kita hadapi jika berlaku sesuatu insiden besar tak kira di laut, banjir atau kebakaran.

“Kita harap dengan latihan ini, kita dapat bekerja sebagai sebuah pasukan, memahami tugas masing-masing dan dapat menghormati antara satu sama lain,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran D’MEX 2016 di sini, hari ini.

perak-today-11

Hadir sama, Panglima Bantuan TLDM, Laksamana Madya Datuk Abdul Ghani Othman.

perak-today-1
Panglima Bantuan TLDM, Laksamana Madya Datuk Abdul Ghani Othman

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, latihan berkenaan merupakan salah satu langkah yang diambil selaras dengan seruan kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menggalakkan dua agensi kerajaan bergabung untuk melaksanakan sesuatu operasi.

“Saya rasa latihan seperti ini, walau tidak dalam skala yang besar tetapi mungkin kita boleh lakukan setiap tiga bulan sekali dengan gabungan antara bomba Sitiawan dan bomba TLDM supaya dapat lebih mengenali untuk memperbaiki prosedur tetap dan proses kerja antara satu sama lain,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut menyuarakan kesediaan untuk membantu pihak bomba dari Daerah Manjung sekiranya berlaku sesuatu kejadian kebakaran atau sebagainya.

perak-today-10

“Sekiranya dalam masa kebiasaan ada berlaku kebakaran di kawasan-kawasan di daerah Manjung, kita sedia membantu Jabatan Bomba Daerah Manjung jika mereka memerlukan bantuan sokongan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");