Sukan Hari Ini

Karnival rebut trofi Mirnawan

Kuala Lumpur: Demi memartabatkan sukan hoki di peringkat akar umbi, Karnival Hoki Perpaduan 6 dan 7 Sepasukan B-12 diadakan sempena merebut trofi Datuk Mirnawan Nawawi di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Ahad ini.

Karnival terbuka kepada 12 pasukan lelaki dan 12 perempuan itu mengikut prinsip ‘siapa cepat dia dapat.’

Kategori lelaki B-12 menggunakan format 6 sepasukan manakala perempuan 7 sepasukan. Setiap pasukan perlu mematuhi syarat penyertaan yang menetapkan perlu ada sekurang-kurangnya dua pemain daripada kaum berbeza setiap kali beraksi. Pasukan yang gagal mematuhi syarat pertandingan tidak dibenarkan menyertai karnival berkenaan.

Penyertaan adalah percuma dan semua pemain akan menerima baju-T dan sijil penyertaan yang ditandatangani ikon hoki negara, Mirnawan.

Empat pasukan terbaik akan menerima pingat dan barangan penaja. Juara akan menerima Piala Mirnawan manakala hadiah istimewa untuk pemain terbaik, penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik turut disediakan.

Pasukan berminat boleh menghubungi 03-22827002 dan 012-2686944. Borang penyertaan juga boleh didapati menerusi laman web www.facebook.com/sportsunite.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");