Perak Hari Ini

Kawasan Panchor Catat Kes Kehilangan Air (NRW) Paling Serius

TAIPING:Kawasan Panchor mencatatkan kadar kehilangan air tak berhasil (NRW) sebanyak 70 peratus iaitu kadar tertinggi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata masalah utama kehilangan sumber air (NRW) merupakan satu masalah yang serius sehingga mengakibatkan sumber air dikawasan tertentu terjejas.

“Kita tidak mahu membuat spekulasi tetapi ia satu masalah serius terutama di kawasan bahagian Panchor ini.

“Berikutan kehilangan NRW ini kawasan lain di sekitar kawasan ini tidak mendapat sumber air yang mencukupi,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas lawatan kerja Menteri Besar ke tapak projek pembinaan tangki air ternaik di Kampung Permatang Raja Mukim Tinggi, Daerah Larut& Matang di sini hari ini.

perak-today-18

Tambahnya, pihak Lembaga Air Perak (LAP) telah menjalankan penyiasatan dan sama sekali tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya berlaku kebocoran maklumat disebabkan oleh pihak tertentu.

Beliau turut mengakui kehilangan sumber air itu adalah satu kerugian yang besar kepada negeri Perak.

“Oleh kerana geografi Perak berbukit dan luas kita berhadapan sedikit cabaran bagaimana untuk mengurangkan masalah NRW namun kita akan terus buat pemantauan dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

perak-today-17

Katanya beliau tidak menolak kemungkinan terdapat kes kecurian yang sememangnya berlaku dan penyiasatan sedang giat dijalankan sehingga kini.

Malah ujarnya lagi setakat ini terdapat dua kes telah dibawa ke mahkamah menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Tambahnya lagi,siasatan segera dan tindakan tegas perlu diambil bagi mengatasi masalah kerugian itu.

Terdahulu beliau turut mengulas berhubung projek pembinaan tangki air ternaik di Kampung Permatang Raja Mukim Tinggi, Daerah Larut Matang di sini yang diharapkan mampu menyediakan sumber air mencukupi kepada masyarakat di beberapa perkampungan berhampirannya kelak.

“Tangki ini boleh memuatkan 2.5 juta liter ketinggian sebanyak 37.08 meter yang mendapat bekalan air daripada kampung Air terjun 14 kilometer daripada kawasan tangki,” katanya.

perak-today-19

Katanya ia adalah langkah mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk khususnya di Kawasan Permatang Raja, Kampung Tebuk, Sungai Tinggi Bahagian Panchor dan kawasan sekitarnya.

Projek yang menelan belanja RM3,996.690 itu dijangka siap pada bulan Jun tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");