Sukan Hari Ini

Kemenangan penting pasukan England

GARETH Southgate menambah peluangnya untuk menjadi pengurus kekal England apabila pasukannya menundukkan Scotland 3-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah, awal pagi semalam.

Jaringan Daniel Sturridge, Adam Lallana dan Gary Cahill memastikan kejayaan England mengetuai cabaran Kumpulan F dengan mengumpul 10 mata dari 4 perlawanan, unggul dua mata berbanding Slovenia.

Southgate membimbing England selepas Sam Allardyce melepaskan jawatannya susulan pembongkaran skandal kontroversi terdahulu menyaksikan pasukannya menang menewaskan Malta sebelum seri 0-0 kepada Slovenia.

“Saya akan menikmati kejayaan malam ini. Saya diminta untuk mengambil alih tugas buat empat perlawanan dan untuk memastikan negara ini berada di teratas kumpulan.

“Apa pun, malam ini adalah penting bagi peminat dan juga pasukan. Ia adalah penting bagi mereka mengatasi perlawanan yang penuh tertekan terutama di Wembley,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");