Jenayah

Kerani wanita ditahan pecah amanah RM300,000

Miri: Polis menahan seorang kerani berusia 38 tahun dari sebuah syarikat perladangan kelapa sawit di sini, kelmarin, bagi membantu siasatan kes pecah amanah, membabitkan lebih RM300,000.

Wanita itu juga dikaitkan dengan kehilangan sejumlah 396 pasport pekerja asing di syarikat itu dan memalsukan resit kerajaan untuk tujuan pembayaran levi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leong Huat, berkata suspek ditahan selepas polis menerima aduan daripada pengurus syarikat yang mencurigai tindakan kerani berkenaan.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman,” katanya di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 480 Kanun Keseksaan.

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");