Perak Hari Ini

Kerjasama PAS: Politik Dinamik, Terus Berkembang

TAIPING:”Politik merupakan satu yang dinamik dan segalanya tidak mustahil, begitu ulasan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan terhadap kerjasama PAS dan UMNO.

Ujarnya, sebagai contoh bagaimana terjadinya kerjasama PAS dan DAP malah jika perkara itu boleh berlaku mengapa pula ia tidak bagi UMNO sendiri.

“Mereka sewaktu ketika dahulu memanggil Tun Dr Mahathir dengan pelbagai panggilan pada waktu itu tetapi akhirnya mereka memeluk cium beliau,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menyampaikan sumbangan bantuan sempena program Pemukiman Menteri Besar, Daerah Bukit Gantang dan Taiping.

Tambahnya paling utama kini adalah memastikan kejituan Barisan Nasional yang telah dibina malah BN juga telah melayari pelbagai episod politik negara penuh dengan onak dan durinya.

“Keutamaan BN memastikan kesepaduan kejituan BN tetapi politik terus berkembang seperti contoh kini BN yang terdiri daripada beberapa parti sahaja akhirnya menjadi 14 kelompok komponen,” katanya.

Tambahnya lagi, kerjasama PAS adalah sesuatu yang tidak mustahil malah paling penting dalam dunia politik ada kemungkinan dan keseimbangan politik.

“Tiada yang mustahil tetapi BN memberi fokus kepada apa yang terbaik bagi negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");