Berita Hari Ini

KKM tak pernah lulus jual pil gugur janin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak pernah meluluskan sebarang penjualan pil gugur kandungan menerusi internet termasuk media sosial.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dipetik sebagai berkata, penjualan dan pembelian sebarang pil gugur kandungan menerusi internet adalah dilarang berikutan tiada kawalan ubat tersebut daripada pakar kesihatan.

“Pihak kementerian tidak pernah membenarkan sebarang jual beli pil gugur menerusi internet mahupun laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Ia tidak dibenarkan sama sekali kerana mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Penggunaan tanpa dos dan kawalan yang betul daripada pihak klinik boleh mendatangkan pelbagai kesan dan masalah kesihatan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Sinar Online dalam laporan awal sebelum ini membongkar kegiatan penjualan pil gugur kandungan jenis Misoprostol dan Cytotec secara meluas menerusi Facebook dan Instagram.

Difahamkan, tablet itu yang sebenarnya dicipta untuk merawat ulser kronik telah disalahguna dan dieksploitasi pihak tidak bertangungjawab yang mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal menimpa kepada pembelinya.

Hilmi ketika ditanya tentang isu berkenaan meminta orang ramai memberi kerjasama dengan melaporkan mana-mana peniaga tablet itu untuk diambil tindakan.

“Kami akan sentiasa buat pemantauan terhadap kes-kes sebegini. Orang ramai digesa memberi kerjasama dengan melaporkan perkara sebegini secepat mungkin.

“Ia supaya tindakan dapat diambil untuk membendung masalah sebegini,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");