Perak Hari Ini

Korban Masa Tonton Televisyen, Buahkan Hasil

IPOH : Mengorbankan masa untuk menonton televisyen adalah antara salah satu faktor kejayaan Pooja Priscilla Winson untuk memperoleh 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Pooja Priscilla bekata beliau mengorbankan masa menonton televisyen untuk mengulangkaji pelajaran.

“Saya tidak begitu yakin akan memperoleh 6A kerana cikgu bagitahu cuma lapan orang pelajar sahaja memperoleh keputusan 6A.

“Tetapi apabila nama saya diumumkan, saya terkejut dan tidak menjangkakan sama sekali,”katanya.

Beliau merupakan salah seorang daripada lapan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Marian Convent, di sini, memperoleh keputusan semua A dalam UPSR, hari ini.

Seorang murid, Alis Marisa Mohd Fazli berkata, semasa percubaan beliau hanya memperoleh keputusan 5A dan 1SB.

“Saya menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu dan mengulangkaji bersendirian sambil dipantau oleh ibu dan ayah.

“Saya juga kerap bertanyakan kepada guru jika ada yang saya kurang jelas,”katanya ketika ditemui.

Seorang lagi murid, Nur Fathini Azman berkata, beliau tidak mempunyai teknik rahsia sebaliknya hanya memberi fokus ketika guru mengajar di dalam kelas.

“Keputusan semasa percubaan saya seperti biasa. tetapi saya memberi fokus ketika guru mengajar dan hanya mengikut apa yang diajarkan di dalam kelas,”katanya.

Seramai 363 murid tahun enam yang menduduki UPSR di negeri ini memperoleh keputusan semua ‘A’ yang diumumkan pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");