Berita Hari Ini

Kos haji kekal RM9,980

Kuala Nerus: Bakal haji kekal membayar RM9,980 walaupun kos untuk ke Tanah Suci tahun depan meningkat kepada RM19,550 berbanding RM18,890 sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji (TH) memberi subsidi RM9,570 kepada setiap bakal haji supaya bayaran yang perlu dibayar mereka tidak berubah seperti musim terdahulu.

Berikutan itu, beliau berkata, jumlah keseluruhan subsidi yang bakal ditanggung TH pada musim depan dijangka mencecah RM200 juta.

“Sehingga kini jumlah kuota yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi ialah 22,320 orang dan penambahannya akan ditentukan semula selepas mesyuarat bersama Januari tahun depan.

“Surat tawaran kepada bakal haji pada tahun hadapan sudah diberi sejak 2 November lalu, dan mereka akan memulakan kursus bermula 10 Disember ini,” katanya pada majlis penutup Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-33 Musim Haji 1438H di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");