Perak Hari Ini

KPDNKK Rampas 100 Tong Minyak Dipercayai Tong Terpakai

IPOH:Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri (KPDNKK) Perak merampas sebanyak 100 tong yang dipercayai menggunakan tong kitar semula untuk membungkus minyak masak dalam operasi yang dilakukan, hari ini.

peraktoday

Ketua Seksyen Penguatkuasa KPNKK Negeri, Mojtahidin Isa berkata hasil rampasan tersebut dijalankan melalui operasi pemeriksaan terhadap pengilang dan premis pembungkus minyak masak dan pemborong peringkat negeri Perak.

peraktoday1

“Seramai 72 orang jumlah kakitangan terlibat dan 16 pasukan dibentuk bagi menjalankan pemeriksaan melibatkan tujuh pembungkus minyak ‘repacker’,satu pengilang dan 32 pemborong.

“Hasil pemeriksaan sehingga jam 12 tengah hari tadi, satu kes dibawah Seksyen 3(1) kerana beroperasi tanpa lesen, tiga kes dibawah Peraturan 13(1) pemborong gagal menguruskan stok dan satu kes dibawah seksyen 3(1) premis dipercayai menggunakan tong terpakai,” katanya sejurus selepas operasi tersebut di sini hari ini.

Jelasnya lagi, 100 tong telah disita kilang kedua di Jalan Lahat perlu mengambil sampel dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu di Perak, bilangan kes sehingga hari ini sebanyak 25 kes dan jumlah rampasan minyak masak iaitu 20,415 kilogram dirampas dengan nilai RM96, 059.13 dan kompaun berjumlah RM2,200.

“Enam kes telah selesai dan satu 12 kes masih dalam siasatan penalti perseorangan kesalahan pertama denda RM1 juta ataupun tidak kurang daripada tiga tahun penjara atau keduanya,”katanya.

peraktoday3

Tambahnya lagi, kesalahan kedua denda tiga juta dan pertubuhan atau perbadanan kesalahan pertama denda RM2 juta dan denda kurang daripada RM5 juta.

“Operasi dijalankan secara berkala dan harian dan memberi fokus kepada premis pembungkusan minyak saluran minyak tersebut diagihkan mengikut kouta ditetapkan,” katanya.

Tambahnya lagi, setakat ini stok melibatkan minyak tiga kilo tiada mempunyai masalah malah bagi minyak paket sekilo juga telah beransur-ansur pulih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");