Berita Hari Ini

KPKT kekang kenaikan harga rumah

KUALA LUMPUR – Harga pasaran semasa dunia bukan faktor utama peningkatan kos harga rumah, sebaliknya beberapa caj dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga antara penyumbang.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, beberapa kertas kerja telah dibentang pada Majlis Perumahan Negara sebagai usaha mengurangkan kos harga rumah.

“Apabila kita bercakap tentang kenaikan harga rumah, ia tidak hanya melibatkan kawasan di Lembang Klang, tapi ia berlaku di seluruh negara dan ia melibatkan kerajaan negeri.

“Rundingan akan dilakukan secara bersama untuk membincangkan hal-hal berkaitan kos tanah dan beberapa caj seperti premium, pembangunan serta pematuhan yang ditentukan PBT kepada pihak pemaju yang mengakibatkan kenaikan kos harga rumah yang dijual,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Hari Perancang Bandar sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016, semalam.

Katanya, perbincangan yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat itu juga akan menyelaraskan kuota 30 peratus terhadap pemaju melalui Dasar Perumahan Negeri.

“Bukan hanya menyerahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan pusat dan Bank Negara yang bertindak sebagai ‘cooling measures’, perbincangan penyelarasan itu akan memberi peranan kepada kerajaan negeri mengawal kenaikan.

“Apa juga keputusan dibuat kerajaan pusat melalui KPKT, kita tidak mengehadkan hak kuasa itu kepada KPKT semata-mata,” katanya.

Mengulas lanjut persidangan itu, Halimah berkata perbincangan tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal namun merangkumi pelbagai aspek.

“Dalam membangunkan kawasan tempat tinggal, kita bukan sahaja mengambil kira kemudahan yang diperlukan, tetapi juga mengambil kira keperluan modal insan.

“Sesebuah negara, tidak akan berupaya menjadi negara maju jika hanya bersandar kepada kejayaan aktiviti ekonomi tanpa membantu rakyat supaya membangun bersama dengan pembangunan negara yang dirancang secara bersama,” katanya.

Menurutnya, persidangan tersebut turut menghasilkan lebih banyak input baik untuk dimasukkan di dalam fokus kementerian iaitu Dasar Perbandaran Negara 2 dan Dasar Perumahan Negara 2.

“Kongres ini penting kerana ia melihat perancangan pembangunan sesuatu tempat dengan menyeluruh untuk mewujudkan kawasan kejiranan atau komuniti yang lebih baik yang turut merangkumi aspek kesihatan,” katanya.

Persidangan yang mengetengahkan tema ‘Healthy Communities, Healthy Cities for Sustainable Development’ disertai kira-kira 300 peserta termasuklah pakar-pakar pembangunan, PBT dan pelajar.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");