Perak Hari Ini

KPM Cadang Laksana Temuduga Guru Baharu Mengikut Negeri

LUMUT: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencadangkan agar temuduga bagi guru baharu dilaksanakan mengikut negeri kelahiran masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pegambilan guru masih dilakukan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), hanya temuduga dicadangkan untuk dilaksanakan di peringkat negeri.

Jelasnya, cadangan tersebut dilihat bersesuaian bagi menyelesaikan masalah pertukaran guru khasnya yang sudah berkahwin berikutan ditempatkan di sekolah yang berlainan negeri.

perak-today-4

Namun begitu, beliau berkata, cadangan itu hanya akan dilaksanakan selepas kementerian menyelesaikan masalah pertukaran bagi kira-kira 20,000 guru yang ada pada masa ini.

“Sebelum ini, temuduga dilaksanakan oleh SPP, kemudian baru posting (penempatan). Kalau untuk jangka panjang kita lihat sesuai buat temuduga mengikut negeri.

“Contohnya, kalau di Perak ada 400 orang guru bersara, jadi temuduga 400 orang. Kalau tak cukup barulah ambil dari negeri yang bersempadan.

“Sekurang-kurangnya masalah tiap-tiap tahun bila nak kena tukar, bila nak balik kampung itu tak jadi masalah,” katanya.

perak-today-2

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Perak di SK Nakhoda Muhammad Taib di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Rozi Puteh Ismail.

perak-today-5

Ujarnya, cadangan berkenaan telah pun dibincangkan di peringkat kementerian dan akan diusulkan kepada SPP dalam masa terdekat.

“Ini baru cadangan, tunggu SPP dan kena berunding..Kita di peringkat kementerian sudah bincang cuma kita nak bawa usul ini ke peringkat SPP,” katanya.

perak-today-7

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak kementerian akan cuba menyelesaikan isu pertukaran guru-guru di negara ini.

“Kita ada lebih kurang 20,000 guru di seluruh negara yang berpisah dan sehingga Jun kita dah berjaya selesaikan 4,000 orang.

“Insyaallah sehingga nak akhir tahun ini (bulan Disember), kita boleh buat (pertukaran) lebih 4,000 guru lagi untuk satukan mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");