Berita Hari Ini

Kraftangan Malaysia capai nilai jualan RM481.1 juta

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) mencapai nilai jualan sebanyak RM481.1 juta tahun ini setakat Oktober lalu yang dijana oleh 5,091 usahawan tempatan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata ia membolehkan industri kraftangan mewujudkan peluang pekerjaan kepada seramai 10,416 tenaga kerja dalam pelbagai bidang kraf.

“Perkembangan positif industri ini memberi limpahan ekonomi kepada sektor perkhidmatan, pengangkutan dan pembekalan sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.

“Pada masa sama, usahawan perlu melihat pasaran kraf melangkaui sempadan negara dalam usaha mempromosikan produk di peringkat antarabangsa untuk memastikan industri ini terus maju ke hadapan,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2016 di Kompleks Kraf, di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Zuraida Mokhtar.

Mengulas mengenai sambutan KLICF 2016, Nazri berkata, seramai 450 usahawan kraf dari 27 negara menyertai KLICF yang bermula hari ini hingga 27 November.

Antara negara terbabit ialah Argentina, Ghana, Ecuador, Mexico, Thailand, United Kingdom dan Malaysia sebagai tuan rumah.

Katanya, festival itu yang bertemakan ‘Kraf Menyatukan Masyarakat’ boleh dijadikan platform bagi usahawan berkongsi dan bertukar maklumat mengenai industri kraf dari negara masing-masing.

“Mereka juga boleh berkongsi maklumat berkaitan bekalan bahan mentah, urusan perundangan membabitkan import dan eksport produk kraf.

“Perkongsian pintar ini secara langsung mewujudkan jalinan kerjasama di antara usahawan dari seluruh dunia,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");