Sukan Hari Ini

Laman sosial khusus untuk Schumacher dilancar

BERLIN: Peminat Michael Schumacher melancarkan akaun laman sosial Facebook dan Instagram khusus buat pemandu berusia 47 tahun itu yang kini masih dirawat di kediamannya di Switzerland.

Pemandu dari Jerman itu terbabit dalam kemalangan ketika meluncur salji pada 2013 dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Beberapa maklumat mengenai kesihatan Schumacher juga dipaparkan dengan pemandu F1 itu dirawat di rumah di Switzerland sejak dibenarkan keluar dari hospital.

“Bermula 13 November lalu, halaman ini akan menjadi tempat pertemuan kami untuk mengumpul dan bertukar kenangan bagi meraikan pencapaian Michael, diwujudkan atas ucapan terima kasih atas usaha anda menghiburkan peminat.”

Schumacher memenangi gelaran pertama F1 pada 13 November pada 1994 di Grand Prix Australia.

Akaun Instagram itu juga memaparkan imej rakyat Jerman sempena memori kemenangan di Adelaide 22 tahun lalu. Bercakap pada awal bulan ini, ketua Ferrari, Ross Brawn mendedahkan tanda-tanda menggalakkan untuk Schumacher kembali sembuh.

“Sukar untuk saya bercakap banyak kerana menghormati privasi keluarga.

“Apa yang saya mahu katakan adalah terdapat banyak spekulasi mengenai kondisi Michael.

“Kebanyakannya adalah salah dan kami hanya berdoa dan setiap hari berharap dapat melihat perkembangan dan satu hari nanti kita boleh lihat Michael pulih daripada kecederaan dahsyat. – AGENSI.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");