Jenayah

Lemas di tali air

Alor Setar: Remaja lelaki, Shahabudin Ahmad, 19, ditemui lemas di tali air di Kampung Pulau Kecil Tunjang, Jitra, jam 11 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sufian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian lemas di kampung terbabit jam 11 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai diketuai beliau bergegas ke lokasi dan tiba jam tujuh minit kemudian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang mangsa lemas terapung di permukaan air di tali air berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat jam 11.48 pagi,” katanya dihubungi di sini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");