Jenayah

Lima jam ‘kembara’ padam api

Gua Musang: Pasukan Bomba dan Penyelamat Gua Musang menempuh perjalanan lima jam sebelum dapat memadam kebakaran di rumah alat solar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Balar, di sini, malam kelmarin.

Ia berikutan jarak perjalanan mencecah 150 kilometer selain laluan penuh lumpur dan perlu mengharungi dua anak sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Anuar Abas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 9.06 malam.

“Empat anggota diketuai Pegawai Operasi Zulkefli Ariffin bergegas ke tempat kejadian menaiki pacuan empat roda dan jentera memadam kebakaran tiba di sekolah jam 2.30 pagi.

“Anggota berdepan cabaran berikutan lokasi kejadian jauh di dalam hutan selain keadaan berkabus dan gelap. Mereka turut diiringi dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang.

“Kerja pemadaman api mengambil masa dua jam dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 8 pagi. Tiada kemalangan jiwa dan bangunan sekolah juga dapat diselamatkan,” katanya.

Anuar berkata, kejadian itu yang kedua berlaku membabitkan sekolah berdekatan perkampungan Orang Asli.

Katanya, kejadian pertama di SK Pos Bihai, tahun lalu.

“Walau di mana pun kebakaran atau kecemasan berlaku serta cabarannya besar, kami tetap menjalankan tugas dengan amanah dan sentiasa bersedia pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran itu dan kerugian masih dalam siasatan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");