Jenayah

Lima pelajar ditahan curi motosikal

Jertih: Lima pelajar termasuk seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan polis kerana mencuri motosikal jenis Honda EX5.

Pelajar lelaki itu bersama empat lagi rakannya berusia 15 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di rumah keluarga masing-masing pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, polis menemui rangka sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang sudah dileraikan di Sungai Mas Kupang, dekat Kampung Raja.

“Sebelum ini, satu laporan polis mengenai motosikal itu ada dibuat di Balai Polis Kampung Raja pada September lalu.

“Hasil maklumat dan intipan dijalankan, kita berjaya menahan suspek dan mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan bermotor.

“Pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis amphetamine,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");