Jenayah

Lompat keluar elak rentung

SRI AMAN: Tindakan pantas seorang lelaki melompat keluar berjaya mengelakkannya dari rentung dalam kereta dipandunya yang terbakar sejurus terbabas petang semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Sri Aman – Lubok Antu berhampiran Kampung Semueh, di sini kira-kira jam 6 petang sebelum kereta jenis Proton Wira itu terbabas dan terjunam ke longkang besar di bahu jalan lalu terbakar.

Bagaimanapun, mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak dan memusnahkan keseluruhan kenderaan itu.

Pasukan Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai insiden berkenaan.

“Kedudukan lokasi kejadian terletak kira-kira 41 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong. Kita mengambil masa 20 minit untuk mengawal sepenuhnya kebakaran.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan. Pemandu kenderaan berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kereta dipandunya sebelum kebakaran merebak,” katanya.

Katanya, punca dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan.Laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat oleh pemandu kenderaan terbabit di Balai Polis Lubok Antu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");