Berita Hari Ini

Malaysia sasar hubungan ekonomi lebih baik dengan AS

LABUAN – “Malaysia berharap hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat (AS) akan meningkat susulan kemenangan Donald Trump dalam pemilihan presiden,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Setelah anda menjadi presiden, anda akan segera menyedari bahawa AS merupakan sebuah negara yang penting di dunia, ketenteraan dan ekonomi.

“Ia mempunyai ramai kawan di seluruh dunia, termasuk Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Perniagaan Asia 2016, di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, presiden Amerika Syarikat ke-45 itu merupakan sseorang ahli perniagaan, dan beliau tidak akan menjejaskan ekonomi negara, apatah lagi dunia.

“Apabila beliau memasuki White House pada Januari tahun depan, saya yakin beliau akan mempunyai pendekatan ekonomi yang prakmatik. Saya percaya beliau mahukan ekonomi terbuka dan liberalisasi.

“Beliau mungkin perlu mengkaji isu dalaman, namun akhirnya tiada presiden AS dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa dasar perdagangan terbuka dan pasaran yang kukuh,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");