Sukan Hari Ini

Malik rela kekal bersama Kuantan FA

KUANTAN: Penjaring terbanyak tempatan saingan Liga Perdana musim ini, Abdul Malik Mat Arif mengesahkan kekal bersama Kuantan FA bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Biarpun mendapat empat tawaran, masing-masing dua dari pasukan Liga Super dan Liga Perdana, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu tetap setia bersama The Seagulls untuk musim ketiga.

Selaku kapten pasukan musim ini, Abdul Malik berazam untuk meletakkan Kuantan FA setanding dengan pasukan lebih berpengalaman selepas sekadar menduduki tangga kelapan saingan liga musim ini.

“Saya percaya dengan komitmen pengurusan (Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan), skuad Kuantan FA musim depan mampu melonjak kedudukan lebih baik iaitu mampu melangkah ke Liga Super.

“Segala persiapan termasuk barisan pemain diharap lebih mantap untuk mengharungi cabaran lebih getir musim depan,” katanya di sini hari ini.

Musim ini, Abdul Malik menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga Perdana dan lebih manis dia muncul penjaring tempatan terbaik dalam liga berkenaan.

Abdul Malik yang juga bekas pemain Pahang berkata, Kuantan FA yang menduduki tangga kelapan musim ini juga akan menjadikan penampilan kali ketiga dalam Liga Perdana memberi lebih kejayaan.

“Saya harap kami akan lebih konsisten dengan sokongan bukan saja daripada pengurusan, malah peminat tempatan,” kata pemain berumur 25 tahun itu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");