Sukan Hari Ini

‘Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’

PENGENDALI Leipzig, Ralph Hasenhuettl berkata dia tidak ambil peduli dengan cemuhan dilemparkan terhadap pasukannya.

Kata Hasenhuettl, fokusnya hanya tertumpu kepada pertandingan.

Ketika ini, Leipzig yang baru beraksi dalam saingan Bundesliga mencipta kejutan apabila muncul sebagai pendahulu dengan mengumpul 30 mata selepas bermain 12 perlawanan.

Mereka meninggalkan Bayern Munich enam mata di tangga kedua.

Leipzig yang ditubuhkan pada 2009 oleh Red Bull dianggap kelab paling dibenci di Jerman kerana peminat di negara itu lebih mementingkan tradisi dan sejarah kelab.

Walhal, Leipzig dianggap ‘mi segera’ yang menjadi alat pemasaran syarikat minuman bertenaga dari Austria itu.

“Kami dikaitkan perkara remeh sejak beraksi di Bundesliga. Alangkah bagusnya jika semua orang bercakap mengenai pertandingan.

“Saya tidak mahu membuang masa melayan kerenah mereka. Saya tahu, kami pasukan muda dan tidak memiliki sejarah panjang dalam Bundesliga,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");