Jenayah

Maut dilanggar kereta api

KUALA LIPIS: Seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti maut dilanggar kereta api di Kilometer 260 berhampiran Kampung Paya Keladi, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa ditemui dalam keadaan kepalanya terputus dan tubuh hampir berkecai.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM) memaklumkan kereta api Tren Local Shuttle 50NK dari arah Kuala Lipis menghala ke Kelantan melanggar seseorang.

“Sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa. Pihak polis terpaksa ambil sedikit masa kutip cebisan mayat sebelum dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil membantu proses pengecaman mayat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");