Jenayah

Maut dirempuh selepas tak jadi masuk simpang

KUALA ROMPIN: Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dari arah sama di Kilometer (KM) 150.5 Jalan Kuantan – Johor Bahru, di sini, sekitar jam 7.50 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Sarkam Rakimon, 64, merupakan penduduk Sungai Meranti, Kampung Jawa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu kereta, Hazri Ahmad, 35, yang berasal dari Paloh Hinai, Pekan, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Tanjung Gemok ke Kuala Rompin berhenti di lokasi kejadian untuk masuk simpang di sebalah kanan.

Menurutnya, mangsa yang dikatakan tidak jadi untuk memasuki simpang itu telah bertindak meneruskan perjalanan dengan masuk semula ke laluan asal sebelum dirempuh kereta dari arah sama.

“Kereta pertama di belakang mangsa sempat mengelak namun kereta kedua tak sempat berbuat demikian dan telah merempuh mangsa yang ketika itu berada di tengah jalan dengan melanggar bahagian kiri motosikal.

“Mangsa dipercayai terpelanting atas bonet depan sebelum jatuh di sebelah kanan kereta dan memgalami luka parah di kepala seterusnya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Aidil berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");