Jenayah

Melekat belit ekzos

Klang: “Saya terkejut dan bertempiran lari sejurus melihat ular sawa besar ‘melekat’ berhampiran bahagian ekzos kereta,” kata pekerja kilang, Ahmad Kusairi Ahmad Rafie, 49.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter bersembunyi lebih sejam di bawah kereta Perodua Viva milik lelaki itu di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Klang Jaya, di sini.

Reptilia itu sukar dikeluarkan berikutan ia membelit ekzos kereta berkenaan sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Ahmad Kusairi berkata, kejadian berlaku ketika dia bekerja di kilang alat penapis berdekatan sebelum dimaklumkan pengawal keselamatan berhubung kehadiran ular itu.

“Pengawal itu memberitahu ternampak ular memasuki bahagian bawah kereta saya sebelum hilang.

“Saya mulanya tidak percaya, namun terkejut apabila mendapati ular itu berada berhampiran bumper belakang kereta,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Bimbang keselamatannya, dia segera menghubungi bomba untuk tindakan lanjut.

“Kereta itu diletakkan di kawasan parkir sejak jam 8 pagi dan ular itu mungkin muncul dari kawasan semak berdekatan,” katanya yang menetap di Kampung Rantau Panjang di sini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seri Andalas berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.19 pagi.

“Pemeriksaan mendapati reptilia itu berada di bahagian belakang kereta Viva dan berjaya dikeluarkan dengan menggunakan penjerut,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");