Jenayah

Mengaku tawar khidmat seks

MELAKA TENGAH: Dua wanita warga Thailand dan seorang warga China dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah hotel bajet, bulan lalu.

Tertuduh Miss Anutida Thongkam, 27, Miss Kanda Sriphuthorn, 25, dan Li Shaoxian, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didapati telah menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan di hotel dalam daerah Melaka Tengah, di sini, masing-masing pada 7.45 petang pada 20 Oktober lalu dalam bilik yang berasingan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun Miss Kanda yang diwakili peguam Faiezad Razali memohon agar hukuman ringan dikenakan berikutan tertuduh perlu menjaga adik dan ibu bapa di kampung, manakala dua lagi tidak mewakili peguam membuat pengakuan sama.

Selepas mendengar hujah berkenaan, Mohd Firdaus kemudian memutuskan ketiga-tiga tertuduh didenda RM2,500, setiap seorang jika gagal, lima bulan penjara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");