Membawang Hari Ini

Mila Jirin hamil tiga bulan

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mila Jirin mengesahkan dirinya hamil tiga bulan selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha.

Mila atau nama penuhnya Noorsyarmilla Jirin, 29, sengaja merahsiakan dulu ketika awal kandungan disebabkan enggan terlalu teruja selepas pernah keguguran pada Jun lalu.

“Alhamdulillah, Allah sekali lagi memberi rezeki kepada saya dan suami. Kandungan saya sudah pun melepasi trimester pertama dan saya bersyukur bayi yang dikandung ini sihat.

“Saya sengaja tidak berkongsi berita gembira ini awal dulu memandangkan sebelum ini saya pernah melalui pengalaman keguguran,” katanya kepada BH Online.

Semalam, Mila berkongsi berita baik itu menerusi akaun Facebook miliknya, sekali gus meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan rezeki bakal menimang cahaya mata pertama.

Sementara itu, Mila berkata, sepanjang tempoh trimester pertama, dia mengurungkan aktiviti seni dan perniagaan dengan menghabiskan masa di rumah demi memastikan kandungannya itu sihat.

“Mujurlah saya tidak mengalami alahan yang teruk, cuma tidak boleh makan tengah hari saja, selain hanya berasa mual pada masa-masa tertentu. Saya dinasihatkan banyak berehat.

“Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di rumah, saya turut banyak membaca mengenai isu kehamilan. Maklumlah, pertama kali, jadi pengalaman pun belum ada.

“Mengenai jantina bayi, saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan, yang penting kandungan ini sihat dan dapat menjalani proses kelahiran dengan selamat,” ujarnya.

-BH online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");