Perak Hari Ini

Minyak Masak Paket 1kg Akan Terus Dibekalkan

BATU KURAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan minyak masak paket 1 kilogram akan terus dibekalkan kepada peruncit untuk dijual kepada pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengilang minyak masak pada Rabu yang lalu untuk membincangkan masalah tersebut.

Jelasnya, rata-rata pengilang bersetuju dan berjanji untuk terus mengeluarkan minyak masak dalam paket satu kilogram untuk dibekalkan kepada peruncit.

“Mereka (pengilang) telah berjanji, bermula pada hari Isnin ini, semua pengilang akan keluarkan minyak masak jenis ini.

perak-today-3

“Waktu ini masih lagi ada sebab itu saya kata 80 peratus yang keluarkan tetapi 20 peratus itu telah berjanji bahawa mereka akan keluarkan,” katanya.

Beliau berkata, berkemungkinan akan berlaku kelewatan berikutan kesukaran untuk mendapat bekalan dari kilang penapis.

“Ini menyebabkan kelewatan tetap ia tidak melibatkan ramai hanya beberapa pengilang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh KPDNKK sehingga Khamis lalu, 30 kesalahan melibatkan minyak masak telah dikesan.

“Sembilan daripadanya telah pun dibawa ke mahkamah… insyaAllah yang lain-lain masih lagi dalam siasatan,” katanya lagi.

perak-today-2

Katanya lagi, KPDNKK turut mengesan kesalahan penyalahgunaan lesen yang telah diberikan kepada peruncit.

“Mereka sorok minyak masak ini… ada yang kita tangkap dan operasi yang kita lakukan pada pada Khamis hanya tiga orang yang menyalahgunakan lesen sama ada kerana menyorokan, menaikkan harga dan memutar belitkan dokumen-dokumen yang kita minta daripada mereka.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan peruncit supaya tidak menyorok minyak masak paket yang telah dibekalkan kepada mereka.

“Kalau peruncit yang sudah menerima minyak masak 1 kilo dan mereka tak jual, dia melakukan kesalahan dan kita akan tangkap.

“Sebab itu kita minta mereka (pengguna) buat laporan jika ada peruncit yang ada minyak kilo dalam stor itu dan mereka ini boleh didakwa,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");