Berita Hari Ini

Mufti: Umat Islam jangan takut Trump

GEORGETOWN – Umat Islam tidak perlu berasa terancam mahupun takut dengan presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump, demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Tegasnya, kemenangan Trump melalui pilihan raya presiden baru-baru ini tidak perlu dilihat sebagai suatu perkembangan yang akan mengancam kedudukan umat Islam.

“Sebagai orang yang beriman, kita wajib yakin kepada akidah kita yang mengajar bahawa sesuatu perkara hanya boleh berlaku dengan ketentuan ALLAH SWT.

“Dia juga manusia dan sebagai manusia, Donald Trump sudah tentu tidak memiliki kuasa yang mutlak dan sudah tentu ada batas kemampuannya. Bukan kesemua yang dia ingin lakukan akan terlaksana kecuali dgn izin ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menjelaskan lagi, melalui sebuah hadis sohih lagi masyhur yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan lain-lain, Rasulullah SAW bersabda:-

‘Sekiranya seluruh manusia berpun himuntuk memberi manfaat kepadamu mereka tidak akan memanfaatkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan ALLAH SWT untuk kamu.

‘Begitu juga sebaliknya jika seluruh manusia berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan ALLAH SWT terhadap kamu’.

Tambah Wan Salim lagi, Trump juga boleh berubah pandangan dan sikapnya terhadap umat Islam.

Menurutnya, mungkin kebenciannya kepada umat Islam akan bertukar kepada rasa simpati dan berlembut apabila beliau memahami keadaan yang sebenar sekali gus melihat keindahan Islam.

“Malah tidak mustahil beliau akan menganut agama suci ini jika beliau dihidayahkan ALLAH SWT.

“Sepatutnya umat Islam berdoa supaya diberi hidayah kepasa presiden baru itu untuk menganut agama Islam mahupun bersikap lebih lembut terhadap umat Islam,” katanya.

Wan Salim sekali lagi mengingatkan bahawa ALLAH SWT mahu umat Islam sentiasa optimistik dan tidak mudah berputus asa.

“Segala yang ditentukanNya mempunyai hikmah dan rahsia yang terkadang tidak dapat dilihat dengan segera tetapi akan tersingkap pada satu masa kelak,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");