Membawang Hari Ini

Mya Nana Jaga Penampilan Selepas Bergelar Artis

PETALING JAYA: Bekas peserta Mentor Milenia, Mya Nana mengakui lebih menjaga penampilannya ketika berada di khalayak ramai selepas bergelar selebriti.

Mya atau nama Nurul Amira Mat Nasir, 20, berkata, dia sedar status sebagai selebriti membuatkan penampilannya kini lebih mendapat perhatian berbanding sutu ketika dahulu.

“Selepas keluar program Mentor Milenia saya sedar ramai yang sudah mula mengenali saya, jadi secara tidak langsung saya menjaga penampilan agar tidak nampak terlalu selekeh.

“Maklumlah dahulu saya hanya pelajar dan hanya capai apa sahaja yang ada depan mata kerana bagi saya tiada siapa pun yang kisah dengan penampilan saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, protoge kepada penyanyi Hazama ini berkata, dia baharu sahaja melancarkan single berjudul Aku Suka.

Tambahnya, dia bertuah apabila penyanyi lelaki itu mengambil berat dalam merancang kerjaya seninya, biarpun selepas program Mentor Milenia.

“Alhamdulillah, Hazama sudi mengambil saya dan membantu saya merancang kerjaya dalam industri ini. Dia bukan sahaja memberi nasihat, malah memberi apa juga keperluan untuk saya meneruskan bidang ini,” ujarnya.

Aku Suka merupakan ciptaan Omar K dan Faizul Sany yang mengisahkan tentang perasaan cinta yang dipendam dalam sebuah hubungan persahabatan.

“Lagu ini merupakan pilihan Hazama kerana dia tahu apa yang terbaik untuk kerjaya saya. Lagu ini catchy dan mudah untuk diterima,” ujarnya.

Lagu Aku Suka ini juga bakal mendaji lagu tema untuk drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");