Membawang Hari Ini

Nafi bertunang, Randy mahu terus kahwin

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia yang mencipta nama di Malaysia, Randy Pangalila, 26, menafikan sudah bertunang dengan kekasihnya, Michella Putri.

Sebaliknya, aktor kacak itu memberitahu, dia mahu terus berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.

Randy berkata, isu pertunangan dengan pelakon sinetron itu timbul disebabkan salah faham dengan istilah ‘bertunang’ ketika mula-mula berkunjung ke Malaysia dan ditemuramah media.

“Dulu saya pernah ditanya media sama ada kami sudah ‘diikat’. Terus saya jawab benar kerana menyangka ia merujuk kepada pasangan kekasih.

“Ketika itu, saya belum fasih dengan bahasa Melayu. Perkara ini sudah jelas, kami belum bertunang.

“Lagi mudah jika apabila tiba saatnya nanti, kami terus berkahwin. Mungkin bukan sekarang, setahun dua lagi kerana Michelle masih muda iaitu 22 tahun,” katanya ditemui pada majlis tayangan perdana telefilem Oh My English! Road to Jogja.

Biarpun belum ada ikatan pertunangan, Randy mengaku dia dan Michella berbincang soal masa depan.

“Tiada ikatan tidak bermakna kami belum membincangkan soal mendirikan rumah tangga. Memang ada kerana kami sudah lama bercinta. Paling penting, keluarga memahami,” katanya.

Telefilem Oh My English! Road to Jogja bakal disiarkan di saluran Astro TVIQ, Astro MAYA serta Astro Prima pada 3 Disember depan untuk bahagian pertama disusuli 11 Disember depan untuk bahagian kedua. Setiap tayangan bermula jam 9 malam.

Selain Randy, telefilem itu turut dibintangi Elfira Loy, Jihan Muse, Johan Raja Lawak, Mark Adam, Roax Tan, Mohd Zhafir Muzani dan Juzztin.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");