Panasnya Hari Ini

Nafi Muhyiddin Tak Setuju PPBM Sertai Pakatan Harapan, Bincang Dengan PAS Dahulu

KUALA LUMPUR : Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan yang menyatakan bahawa Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersetuju untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, ujar bekas perdana menteri itu berkata, parti itu akan menyertai Pakatan Harapan selepas menyelesaikan beberapa urusan termasuk berbincang dengan PAS.

Katanya lagi, walaupun parti itu masih belum menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan, tetapi ia sudah mempunyai hasrat untuk menyertai pakatan pembangkang itu.

“Tidak benar sama sekali bahawa yang menentang perpaduan antara PPBM dengan Pakatan Harapan adalah Tan Sri Muhyiddin.

“Dia (Muhyiddin) bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan Pakatan Harapan,”katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, hari ini.

Mengulas mengenai keputusan PPBM yang akan berbincang dengan PAS sebelum menyertai Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata, PAS mempunyai ‘imuniti’ yang boleh menyebabkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru, kata beliau, kemungkinan besar kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Sudah tentu (PPBM menyertai Pakatan Harapan). Kita masih berbincang dengan mereka (PAS). Kita cuba untuk memberi penjelasan.

“Jika ada pertembungan tiga penjuru, ia akan memberikan kemenangan kepada BN. Jika satu lawan satu, adanya peluang untuk pembangkang menang,”katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan meminta penangguhan kerana inginkan lebih banyak masa berfikir tentang kerjasama yang dirancang bersama Pakatan Harapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");