Perak Hari Ini

Naiktaraf Gerai Jeti Kelip-kelip Kampung Dew, Jana Pendapatan Penduduk

TAIPING:Kerajaan negeri akan menaiktaraf gerai-gerai sekitar pusat pelancongan Kelip-kelip di Kampung Dew di sini sebagai usaha menjana pendapatan penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata lokasi jeti kelip-kelip itu merupakan satu produk yang sudah terkenal di kalangan pelancong luar negara dan tempatan.

perak-today-8

“Kita merancang untuk bangunkan gerai-gerai bagi menjana pendapatan penduduk setempat dan keistimewaan utama di pusat pelancongan kelip-kelip adalah mee ketamnya,” katanya sejurus selepas majlis perasmian Pusat kegiatan kelip-kelip Kampung Dew dan penyampaian notis 5A Rancangan Kampung Tersusun (RPT) Kampung Pak Dollah Mukim Asam Kumbang.

Terdahulu Menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hadir merasmikan majlis tersebut dan meluangkan masa meninjau gerai-gerai sekitar jeti tersebut.

perak-today-7

Tambahnya lagi, Kampung Dew sememangnya terkenal dengan keenakan mee ketam yang mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dari pelancong kuar negara juga penduduk tempatan.

“Kerajaan negeri memberi ruang gerai buat pengusaha kayu arang menjadi pusat jualan mereka dan masih memohon supaya pihak pengusaha kilang untuk dilawati pelancong,” katanya.

perak-today-3

Ujarnya, menerusi perbincangan bersama Menteri besar Kerajaan negeri turut mempertimbangkan usaha supaya rumah penduduk setempat dijadikan rumah inap desa atau ‘homestay’ dengan mengekalkan rekabentuk rumah-rumah di kawasan itu.

“Kita menganggarkan kehadiran pelancong ke lokasi pelancongan kelip-kelip akan meningkat 100 peratus dengan kemudahan disediakan.

“Selain memberi fokus untuk menarik pelancong kedua terbesar ekonomi pelancongan ekonomi kelip-kelip,” katanya.

perak-today-2

Jelasnya gerai tersebut melibatkan tiga kumpulan orang kampung iaitu pengusaha makanan, arang kayu dan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Beliau turut mengharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam mempromosikan pelancongan di Perak sempena tahun melawat Perak 2017 dengan usaha menjana kehadiran pelancong ke negeri ini.

perak-today-6

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");