Panasnya Hari Ini

Organisasi Asing Biayai Aktiviti Politik,Tak Boleh Diterima

KUALA LUMPUR:Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan tindakan membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti ‘politik’ pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung.

Memetik sumber Bernama,ujarnya tindakan itu sama seperti memberikan kebebasan kepada negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang juga negara berdaulat.

“Membenarkan perbuatan seumpama itu, malah adalah lebih jahat dan bahaya apabila ia membabitkan dana daripada hartawan, George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara.

“Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 pada Sabtu.

Malah jelasnya, menerusi penyertaan atau pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, membuktikan bahawa gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");